Halaman

Jumat, 29 Februari 2008

LIMA TRICK DASAR MEMANCING


a) Ikan:

Inilah sasaran utama memancing ialah menjinakkan ikan, sotong, ketam dan udang. Tanpa ada sasaran, mungkin usaha menjadi sia-sia dan alias tidak dapat dikecapi.

b) Umpan:

Memancing memerlukan umpan untuk menarik perhatian mangsa. Umpan merujuk kepada umpan hidup, mati mahupun tiruan seperti gewang, jig dan plastik lembut. Tanpa umpan ikan buruan tentu tidak akan menjamah pancing.

c) Waktu:

Sesetengah diet dan selera ikan berkait rapat dengan masa. Sama ada siang dan malam, ketika air berarus atau tiada arus.

d) Peralatan dan Kemahiran:

Setiap kawasan dan jenis ikan buruan mesti disesuaikan dengan peralatan yang sesuai.Gagal memilih peralatan seimbang dan sesuai tentu akan menyebabkan anda berputih mata. Pemilihan, penggunaan dan bawaan terhadap peralatan pula memerlukan kemahiran. Kemahiran boleh dicermati melalui pengalaman dan petunjuk agar selain melalui bacaan serta internet.

e) Nasib:

Nasib bukan satu pintu rezeki tanpa ia diusahakan terlebih dulu. Sebagai contoh, jika kita menaiki bot memancing, jangan harap ikan meloncat masuk ke dalam bot dengan sendiri. Konsep memancing memang tidak dapat lari daripada ungkapan ‘kita tidak tahu di mana ikan, kalau bernasib baik kita boleh dapat’.Jika kita memancing di kawasan yang sama (satu bot misalnya duduk sebelah menyebelah) dengan peralatan, umpan dan teknik sama. Tiba-tiba hanya rakan di sebelah yang menaikkan ikan sedangkan umpan anda langsung tidak disentuh. Jika ini berlaku, maka dia memang lebih bernasib baik daripada anda.Tapi jika anda sedang bertarung dengan 'strike' ikan yang sama menggunakan peralatan yang sama, tiba-tiba anda gagal atau ikan terlepas ataupun tali putus sedangkan rekan anda sukses menaklukan ikan tersebut. Ini boleh katakan kemahiran pula menentukan kesuksesan.Jika hanya umpan berlainan maka diet atau umpan menjadi faktor. Jika umpan yang sama digunakan di lokasi yang sama tetapi memancing pada waktu berlainan siang dan malam contohnya, masa pula menjadi elemen penentu.


PANDUAN MEMANCING



MEMANCING adalah hobi yang santai. Ia membawa anda kembali kepada alam, kedamaian jiwa. hobi ini perlu dipraktekkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta memperoleh tumpuan. Berikut adalah beberapa panduan dipastikan anda memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda benar-benar konsentrasi memancing!

1.Jangan meminum yang ber akhohol – Ini tindakan bijak untuk menyampingkan berbagai perkara buruk berlaku di lokasi pancing. Walaupun kononnya minum alkhohol bakal mengundang kegembiraan sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rekan, lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air karbonat mampu mengatasi masuk angin dalam perut sekali gus muntah.

2.Pada malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan badan andaakan hangat dalam cuaca sejuk itu.

3.Jangan berpikir soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda terasa lapar, letih atau lesu, ini mengundang fikiran anda untuk balik ke rumah.

4.Jangan sekali-kali lupa membawa topi sekali pun anda tidak mau memakainya. Sekalipun anda mungkin tahan dan mampu melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau angin malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau memancing di tempat yang terlindung, ini akan menyimpan tenaga anda!

5.Pastikan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang baik sentiasa membawa memakai sarung tangan agar telapak tangan anda bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti dedak, cacing dan ikan. Ini untuk dianjurkan bagi anda menggunakannya bagi memegang makanan atau minuman.

6.Sentiasa berhati-hati ketika berada di tebing sungai, atau laut terutama ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir. Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan berbagai bentuk bahaya dan kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!

7.Jika ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani dengan menyapu permukaan kulit yang dengan salap (balm) anti-serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayani nyamuk atau agas!

8.Jika anda berhasrat memancing , pastikan anda tahu di mana hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.

9.Jangan membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing . Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rekan adalah cara terbaik mengurangkan beban.

10.Jika anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan kemah.